Sunday, 25 March 2012

Demostrasi Pro-M di bangunan KPT, Putrajaya


23 Mac 2012, Jumaat, Satu Kejadian yang mengemparkan para mahasiswa di seluruh IPT apabila satu demonstrasi telah berlaku selepas solat jumaat kira-kira pukul 2.30 di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya. Demonstrasi yang dihadiri kira-kira 40 orang diadakan oleh pihak Pro-Mahasiswa (Pro-M) bagi menyerahkan memorandum kepada menteri berkenaan dengan:

·         Pilihanraya kampus di awalkan
·         Kembalikan demokrasi kampus
·         Bebaskan kampus dari campur tangan politik luar

Demonstrasi yang berlaku kira-kira 45 minit ini turut dihadiri oleh:
          .       Muhamad Syahid Zaini (Mantan YDP Majlis Perwakilan Mahasiswa UM)
          .       Safwan Anang ( Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM)
          .       Taufiq Abdullah ( Presiden Pro-M Kebangsaan)
          .       Haziq Abdullah ( Presiden KAMI saudara)

Pihak Pro-M sedang berdemostrasi

Kumpulan mahasiswa demonstrasi ini bersurai apabila berjaya menyerahkan  
MEMORANDUM dan BATU NISAN selesai

Batu Nisan itu melambangkan bahawa “Kematian Demokrasi Pelajar”.

Memorandom dan batu nisan yang diserahkan kepada pihak KPT

*Wajarkah Perkara sebegini berlaku???

Perkara sebegini TIDAK WAJAR berlaku dan dilakukan bagi yang berstatus MAHASISWA kerana matlamat anda sebagai mahasiswa datang ke universiti adalah MENUNTUT ILMU bagi memenuhi harapan ayah dan bonda tercinta iaitu segulung IJAZAH bukannya REKOD DISIPLIN
Syukurlah amalan berdemostrasi ini bukan amalan di UPNM...




No comments:

Post a Comment